20111016

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


Definisi JSU
Menurut Thorndike, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dapat dikatakan sebagai:
The sum total of the qualities and characteristics of the test’
( pg 57)
Dengan kata lain, jadual ini menyatakan bentuk ujian, panjang ujian, jenis-jenis soalan yang akan digunakan, kesukaran ujian, kandungan tajuk-tajuk, dan bidang kemahiran yang akan diuji. Jadual ini akan menjamin kesahan ujian dan kebolehpercayaan ujian. Jadual Spesifikasi Ujian jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

Ciri-Ciri JSU
Antara ciri-ciri yang terdapat pada JSU ialah:
Ø  Merupakan matrik yang terdiri daripada dua paksi iaitu paksi melintang iaitu aras kemahiran dan menegak iaitu kandungan.
Ø  Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yang ditetapkan.
Ø  Mengandungi aras yang mengikut aras taksonomi.
Ø  Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
Ø  Kesukaran item dalam lingkungan 20% - 80%.
Ø  Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
Ø  Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

Faedah JSU
Faedah dalam pembinaan JSU ialah:
Ø  Menjamin kesahan ujian
Ø  Menjadi panduan dan penentuan kepada orang yang menulis soalan
Ø  Menstabilkan taraf, mutu dan kesukaran ujian dari setahun ke setahun atau di antara satu ujian dengan ujian lain yang dibina serentak
Ø  Memungkinkan ujian yang sama mutu, taraf dan kesukaran dibina oleh orang yang berlainan
Ø  Mengelakkan pembina ujian daripada membina ujian sebagai ‘melepaskan batuk di tangga’ sahaja
Ø  Memungkinkan perbandingan keputusan di antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Syarat Pembinaan JSU
Terdapat empat syarat yang perlu dipatuhi dalam membina JSU.Antaranya ialah:
Ø  Ujian tidak dibina sembarangan.
Ø  Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji.
Ø  Memberi panduan dan penentuan kepada penggubalan ujian.
Ø  Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

Langkah-Langkah Pembinaan JSU

Langkah 1
Ø  Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah 2
Ø  Tentukan soalan yang hendak dibina.
- .Soalan objektif (30 soalan)
-  1 markah bagi satu soalan
-  Jumlah soalan bagi setiap topik dikira

= jumlah masa / jumlah masa keseluruhan x jumlah soalan
Langkah 3
Ø  Tentukan model aras kesukaran dari mudah ke sukar
Langkah 4
Ø  Menentukan jenis soalan yang hendak diuji seperti objektif, struktur, dan esei.
Langkah 5
Ø  Tentukan soalan bagi setiap komponen.
Ø  Penentuan aras kesukaran (mudah kepada sukar)
Ø  Pemarkahan.
Langkah 6
Ø  Tentukan mata pelajaran.
Ø  Tahun / tingkatan dan susunan nombor mengikut tajuk

JENIS-JENIS ITEM UJIAN OBJEKTIF

Definisi Ujian Objektif
Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon dan merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan). Ia mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
Soalan objektif
terdiri daripada item-item (soalan) yang memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai atau memadankan perkara yang berkaitan dengan menggunakan garis lurus.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa” (Gronland,1977).
Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Ø  Item respon bebas
Ø  Item respon tetap (item objektif pilihan)


Ciri-Ciri Ujian Objektif 
Berikut adalah beberapa ciri ujian objektif seperti yang dinyatakan di bawah:
o  Ujian jenis ini memerlukan pengambil ujian membuat pilihan atau mementukan jawapan-jawapan yang telah disediakan.
o    Dalam ujian ini, banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikir.
o  Kualiti ujian jenis ini juga bergantung kepada kemahiran dan kebolehan penubuhan bahan ujian.
o  Ujian objektif dapat menerangkan tugas-tugas yang diharapkan daripada murid-murid yang boleh menjadi asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa murid itu.
o   Ujian ini mementingkan keadilan sepenuh-penuhnya dalam pemarkahan.

Jenis- Jenis Item Ujian Objektif

Item Respon Bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan. Antara contoh jenis item respon bebas ialah :
i)             Jenis Soalan
contoh: a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran?
                  (ke – an)
             
        b) apakah lawan bagi perkataan sedih?
                  (gembira)

ii)            Item Melengkapkan Pernyataan
contoh: a) Kita mesti naik bas ke rumah Amin kerana rumahnya  __________  
                 (jauh) dari tempat ini
Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Bevel: Aneka PilihanBevel: PadananBevel: Item Betul - SalahSoalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah:






Item Betul Salah
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perluditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.
Terdapat lapan prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah iaitu:
i)             Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda (“)/A bagi jawapan yang betul atau B/(X) bagi jawapan yang salah.
ii)            Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
iii)           Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
iv)           Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan maksud pernyataan), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.
v)            Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.
vi)           Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
vii)         Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
viii)        Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua ruangan senarai yang mengandungi perkataan atau frasa.perkara . Ruangan A dipanggil pokok soalan (premise) dan ruangan B dipanggil jawapan (response). Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di ruang A dengan objek/ perkara diruang B.


Contoh soalan:
Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan menggunakan garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi
Ruangan A
Kata Bilangan
Ruangan B
Contoh
1.    Kata Bilangan Tentu
A.   Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim
2.    Kata Bilangan Himpunan
3.     
B.   Iskandar mempunyai dua ekor unta
4.    Kata Bilangan Pecahan
C.   Pelajar kelas itu mengeluarkan buku masing-masing apabila guru masuk ke kelas
5.    Kata Bilangan Pisahan
D.   Kelima-lima pelajar diarahkan supaya berjumpa dengan Pengetua

Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan merupakan jenis ujian objektif yang paling popular di kalangan pembina item ujian. Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas. Jenis item aneka pilhan adalah seperti:
a)    Berbentuk soalan
b)    Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
c)    Analogi
d)    Antonim
e)    Jenis negatif
f)     Mengisi tempat kosong
g)    Jenis campuran
h)   Teknik kloz
i)     Mengelaskan
Antara aspek pembinaan soalan objektif seperti dalam jadual berikut:
Item
Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon yang merupakan evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pengukuran sesuatu konstruk
Stimulus
Bahan ransangan atau bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus, boleh berbentuk grafik,teks,jadual atau perbualan.
Stem
Bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap,ayat tidak lengkap atau soalan.
Opsyen
Pilihan jawapan.biasanya berbentuk angka, simbol,frasa, gambar rajah atau jadual.
Distraktor
Pengganggu jawapan
Key
Jawapan kepada soalan

Terdapat 9 prinsip dalam penyediaan soalan berbentuk aneka pilihan. Antaranya:
1)    Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau paling tepat atau terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.
2)    Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga- bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
3)    Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapI dimasukkan dalam badan soalan.
4)    Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah.
5)    Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.
6)    Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan betul.
7)    Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas” sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.
8)    Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti kurangkan jawapan pilihan seperti supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.
9)    Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan pilihan





Kekuatan Dan Kelemahan Ujian Objektif
KEKUATAN
KELEMAHAN
Objektif ujiannya lebih jelas dan tepat
Tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu
Bebas daripada penyelewengan pemarkahan

Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka
Tidak menggalakkan penipuan
 Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir
Mempunyai nilai diagnostik yang tinggi
Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan
Dapat dimarkat dengan cepat

Ia tidak dapat mengukur keaslian
Boleh diperiksa menggunakan komputer atau mesin atau orang yang tidak pakar

Kurang sesuai menguji kognitif peringkat tinggi
Tidak memerlukan kefasihan bahasa

Kurang sesuai sebagai ujian formatif
Dapat mengukur proses mental yang tinggi

Sukar menyediakan soalan yang benar-benar berkualiti
Sampel soalan dan isi yang luas


Sesuai untuk ujian sumatif